Total Pageviews

Wednesday, October 5, 2011

timun

Kepada siapa yang pernah menonton filem "Ratatouille". Masihkan anda ingat kepada resepi utama yang mampu untuk memikat hati pengkritik masakan utama di Paris. Hidangan ini pada mulanya hanyalah hidangan biasa berasaskan 'timun' dan boleh dikatakan jika salah cara untuk menghasilkannya maka hidangan tersebut boleh dikatogerikan sebagai 'disaster menu'. Namun begitu, disebabkan hidangan 'timun' ini punya kaitannya dengan pengalaman, imbauan dan kenangan masa lampau, ia mampu menjadikan hidangan tersebut hidangan yang terbaik. Ia punya rasa yang istimewa yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Walaupun hanyalah hidangan biasa yang berasaskan 'timun'. 

Alain Ducasse au Plaza Athénée, Paris (France)


Restoran termahal di Paris. Restoran ini adalah salah satu tiga restoran terkenal di bawah Alain Ducasse, Plaza Athene terletak di sebuah hotel utama di Paris. Saya begitu tertarik dengan hiasan dalaman yang mewah dan beberapa sudut yang boleh dikatakan unik. Sangat memberi inspirasi kepada saya. Mungkin ilham yang saya peroleh boleh dijadikan plot kepada penghasilan cerpen saya nanti. 

Tuesday, October 4, 2011

bertarung dengan waktu


Saya sentiasa tertanya-tanya, mengapa kebanyakkan mahasiswa yang telah melangkah ke tahun 2 atau tahun 3 di universiti merungut tentang kekangan masa yang dihadapi mereka. Kini, baru saya dapat merasai bahang menjadi pelajar tahun 2 di universiti, juga benar-benar kenal erti jerih apabila bertarung dengan masa. Jujurnya disini boleh saya katakan 24jam yang diperuntukan benar-benar tidak mencukupi untuk saya. Banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu saya pikul dan laksanakan dengan baik. Terutamanya sentiasa akan berhadapan dan berinteraksi dengan buku-buku dan kertas-kertas kerja berbanding dengan manusia sendiri. Namun begitu, jangan sekali-kali menyalahkan masa. Kita perlu bijak mengatur masa!

Monday, October 3, 2011

makanan makanan makanan



Apabila seringkali membuat kajian berkenaan makanan. Inilah hasil yang terjadi. Sampaikan papan kekunci boleh dianggap makanan. Unik sekali!

mungkin sarapan pagi menjadi idea awal bagi penghasilan cerpen



Bangun seawal 6 pagi, fizikal bergerak cergas dan pantas seiring pergerakan minda. Maka idea datang mencurah-curah. Teringat kata-kata rakan malam tadi yang memperkatakan tentang sebuah filem lama yang diadaptasi daripada sebuah novel yang mungkin boleh dijadikan inspirasi dalam penghasilan cerpen saya nanti. Menarik!

Sunday, October 2, 2011

sukar untuk menulis

Pada 1oktober yang lepas, saya telah mengikuti program Bengkel Akademi Sastera yang telah dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia salah satu bengkel yang begitu memberikan saya inspirasi untuk menghasilkan sesebuah penulisan yang berbentuk ilmiah. Disini, saya ingin berbahagi ilmu yang telah saya peroleh disana. Saya begitu tertarik dengan salah satu slot yang telah dikendalikan oleh YBhg. Dato' Dr. Hashim Awang, pensyarah di Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Beliau ada menyatakan bahawa, setiap penulis pasti mengalami masalah ketika menulis dan akan sentiasa berhadapan dengan kesukaran untuk menghasilkan sesebuah penulisan, apatah lagi bagi memulakan sesebuah penulisan. Namun begitu kesukaran itulah yang akan menjadikan kepuasan kepada kita apabila mampu untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik.